‘KLIK!’Israr mengklik sesuatu. “YAHOO!! Aku dah ada Facebook!” Israr tersenyum puas. Dia mengambil NOKIA e71 miliknya lalu menaip sesuatu lalu menghantar kepada rakan-rakannya. Seminit selepas itu,banyak permintaan menjadi rakan dalam FBnya.
‘Congrates Israr bcoz da ade FB’ tercatat dalam dinding FB milik Israr dari Mashie.
‘Welcome Mashie. Hye and thanks 4 adding me,” Israr membalas.
‘Apsal letak nme MARKER PEN? Lawak lah’ Mashie meng’post’ pertanyaan.
‘Saja suka-suka,” Israr menaip.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“WAWA!TUNGGULAH KAMI!” Eyra dan Eyca menjerit serentak.
‘Laju giler minah nie berjalan,’ Eyra bermonolog.
Wawa berhenti. Eyca dan Eyra bergegas ketempat Wawa berdiri.
Dengan marah,Wawa kembali berjalan. Eyca dan Eyra terus berlari mendapatkan Wawa.
“Apsal korang bagi nombor telefon dan alamat FACEBOOK aku kat Syaf? Da tahu aku tak suka korang bagi nombor and alamat FB aku kat orang,korang bagi jugak!” Wawa berkata dengan nada marah dan kesal.
“Lorh Wawa. Sorry ek,” Eyra bersuara. Eyca mengangguk sambil berkata “ko kan leh ignore je,”.
“Memang lah! Tapi yang korang bagi nombor aku sekali apa pasal?” Si Kembar Laila menepuk dahi,”. “Komfem aku takleh tido malam nie dek si Syaf tu ganggu aku,”kata Wawa. Nampak muka 10 sen dari muka kembar tersebut.
“Salah ko ah nie,Eyca. Aku kata jangan bagi,nak bagi jugak.”. “Yelah aku. Masa si Syaf panggil tu,aku kata tak payah pegi,ko gak yang nak pegi,” Eyca membangkang.
“Dah. Jangan gadoh-gadoh. Jom teman aku pegi beli nombor baru. Tapi,disebabkan korang yang bagi nombor aku,korang belanja aku.” Wawa menyekat sebelum tercetus perang dunia ketiga di USM Kubang Kerian itu kerana didapati Eyra sudah memegang senapang.
“Apa pasal kami pulak? Sendiri mahu,sendiri beli lah. Sape suruh ko tukar nombor?” Eyca dan Eyra berkata serentak,lagi.
“Yelah. Jom. Karang lewat pulak balik. Korang nie dah lah buat salah kat aku. Tak nak belanja pulak. Takpelah. Da nasib badan. Apalah nasib aku,” luah Wawa dalam nada sedih.
Eyra dan Eyca terkejut. “Yelah. Kami belanja.” Kata Eyra sambil mengintai isi beg dompetnya. ‘Makan megi je lah nampaknya’.
Dari satu sudut,ada sepasang mata sedang memerhati mereka. “Adoii. Nak tukar nombor lah pulak. Sabar je lah,” Syaf berkata sendirian.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“HOI MARKER PEN! Hahaha,” Allol menyergah abangnya dari pintu. Kelihatan abangnya sedang online menggunakan notebook miliknya.
“ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM. Sebok je ko nie ah,” balas Israr sambil melempar bantal kepada Allol,adik kesayangannya. Maklum lah,adik tunggal. Satu –satunya adik yang Israr ada.
“HAHAHA! Relax lah bro. Allol bergurau je. Lagipun sape suruh letak nama MARKER PEN?”. Allol membuka PC yang berada didalam bilik abangnya lalu online FBnya. Rupanya dari tadi abangnya membalas comment dengan kengkawannya. Didapati buah hatinya juga sedang online. Allol tersenyum.
“Suka ah tu,buah hati tengah online,” Israr membalas buah paku keras kepada adiknya.
“Ma..…..macam mana abang tahu?” gagap soalan tersebut diutarakan.
“Ha! Adik ipar abang sendiri yang add abang tau,” Israr berkata,sinis.
Tidak semena-mena Allol malu lalu shut down PC abangnya dan terus berlari masuk kedalam biliknya diekori anak mata Israr yang memerhati sambil tersenyum.
“Kacau je budak tu,”Israr berkata sendiri. Sementara itu,tiba-tiba ada permintaan menjadi rakan dari ‘BLACK HEART’.
“Sape pulak BLACK HEART nie???
Sunday, March 7, 2010
CINTA DARI FACEBOOK-EPISOD 1
Posted by Diera_rosdi at 1:11 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




0 comments:
Post a Comment